Perlawanan Bola Sepak Peringkat Zon Kedai Tanjung

Saturday, April 3, 2010

Pada 10/3/2010 telah berlangsung Perlawanan bola sepak peringkat Zon Kedai Tanjung yang diadakan di padang SK Sultan Ibrahim Empat Pasir Mas.

Pada perlawanan tersebut menyaksikan pasukan SK Banggol Chicha melawan pasukan Sekolah Pendidikan Khas Pasir Mas pada perlawanan akhir yang berkeputusan seri 0-0 sehingga tamat perlawanan dan pemenangnya terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti yang akhirnya dimenangi oleh Sekolah Pendidikan Khas. Walaubagaimanapun, SK Banggol Chicha akan mewakili Zon Kedai Tanjung ke peringkat Cawangan Pasir Mas disebabkan oleh para pemain Sekolah Pendidikan Khas yang melebihi had umur iaitu 12 tahun dan kebawah.TAHNIAH kepada pasukan bola sepak SKBC serta pihak pengurusan bola sepak SKBC yang berusaha gigih bagi memastikan kejayaan milik SKBC.








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template fasilitator schoolnet by azizul 2009/2010

Back to TOP